97636

Rihanna Sumbang RM22 juta untuk Perangi Covid-19 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Yayasan milik Rihanna menyumbang sebanyak US$ 5 juta iaitu kira-kira RM22 juta kepada pelbagai organisasi bagi perangi Covid-19.

Menurut laporan CNN, Yayasan Clara Lionel mengumumkan sumbangan itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.

“Apabila ia mula tersebar kita tidak pernah terfikir bagaimana Covid-19 ini akan mengubah kehidupan kita secara tiba-tiba.

“Tidak kira siapa anda atau di mana anda berada, pandemik ini akan menjejaskan kita semua,” katanya.

Hasil sumbangan itu akan disalurkan kepada bank makanan, mempercepat ujian di negara-negara seperti Haiti dan Malawi, dan peralatan perlindungan untuk pekerja-pekerja kesihatan barisan hadapan.

Rihanna menubuhkan Yayasan Clara Lionel pada tahun 2012.

Yayasan itu ditubuhkan sebagai penghormatan kepada datuk neneknya, dana pendidikan dan program tindak balas kecemasan di seluruh dunia.

Selain Rihanna, pasangan selebriti Ryan Reynolds dan Blake Lively juga menyumbang US$1 juta atau RM4 juta kepada orang yang terjejas akibat wabak itu di Amerika Syarikat dan Kanada.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!