89669

Rise Ini Kalilah Imbas Semula Peristiwa Bersejarah PRU14 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem Rise Ini kalilah yang dihasilkan hanya dalam masa kurang dari 3 bulan sudah pun menjengah pawagam pada 13 September 2018.

Filem yang menceritakan tentang beberapa perisitiwa yang berlaku semasa Plihan Raya Umum Malaysia ke 14 yang lalu ini dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shahshi Taran, Jhen Chia dan Mark Odea.

Kisah filem ini terbahagi kepada beberapa cerita yang mewakili peristiwa-peristiwa yang berlaku sewaktu Malaysia sedang menuju ke hari keramat PRU14.

Watak Fizah lakonan Mira Filzah merupakan seorang pelajar di London yang sedang dalam dilemma untuk memberikan kata putus kepada syarikat yang mahu mengambilnya bekerja. Dalam masa yang sama majlis perkahwinan kakaknya di Malaysia juga jatuh pada tarikh yang sama.

Mengetahui Fizah bakal pulang ke Malaysia, ramai penuntut-penuntut Malaysia di sana berpusu-pusu mengirimkan undi pos mereka kepada Fizah untuk dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah terlewat jika untuk menghantar melalui pos kerana borang undi pos lewat sampai kepada mereka.

Remy Ishak pula melakonkan watak sebagai seorang pegawai polis yang sering melihat gejala rasuah berlaku di hadapan matanya namun hanya terpaksa melihat perkara itu berlaku tanpa mampu melakukan apa-apa. Dalam masa yang sama, dirinya dihimpit masalah kewangan serta ibunya yang memerlukan wang untuk menjalani pembedahan.

Sangeeta yang melakonkan watak sebagai seorang guru terpaksa bertegang urat dengan bapa kandungnya sendiri yang merupakan guru besar di sekolahnya. Dana untuk persatuan seni tari di sekolahnya telah ditarik balik oleh pihak sekolah. Pada masa yang sama Sangeeta turut mejadi sukarelawan untuk bertugas sewaktu PRU14 dimana dia menyaksikan sendiri warga asing yang menyamar sebagai warganegara Malaysia untuk mengundi. Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, dia segara menghentikan lelaki tersebut dan menggesa pemeriksaan sekali lagi dilakukan, namun telah dihalang oleh ayahnya sendiri.

Jack Tan yang melakonkan watak sebagai seorang pembantu gerai di Singapura mahu pulang ke Malaysia untuk mengundi namun tidak diberikan cuti oleh majikannya. Satu peristiwa yang berlaku di gerainya telah membuatkan mereka berdua bergaduh sehingga dia dibuang kerja. Dia tinggal bersama abangnya di Singapura yang sudah berkeluarga. Namun abangnya tidak mahu pulang untuk mengundi.

Pendatang baru Mark Odea melakonkan watak sebagai wartawan dari luar negara yang ditugaskan untuk membuat liputan PRU14 di Malaysia. Dia dibantu oleh serang wanita iaitu Jenn Chia yang akhirnya membawa mereka ke sebuah penyiasatan yang akan membongkarkan aktiviti penipuan undi sewaktu PRU14.

Diarahkan oleh tiga pengarah yang berbeza iaitu Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan M.S Prem Nath, filem ini walaubagaimanapun kelihatan sedikit tergesa-gesa untuk dihasilkan sehinggakan kualiti filem ini kelihatan seperti sebuah drama televisyen biarpun penggambaran beberapa kisah dilakukan di luar negara seperti London dan Singapura.

Lakonan setiap pelakon sangat meyakinkan. Masing-masing berjaya menjiwai watak dengan sangat berkesan biarpun dihasilkan dalam masa yang singkat.

Bagi mereka yang telah bersama-sama mengalami sendiri pengalaman sewaktu mengundi di PRU14 bulan Mei yang lalu, filem ini adalah untuk anda.

 

Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut :  

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!