72694

Rita Rudaini Tak Kisah Tidak Pernah Menang Anugerah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika kita sebut nama Rita Rudaini, pasti semua tahu akan kebolehannya berlakon sama ada di layar kaca mahupun layar perak.

Selain Kejelitaan wajahnya yang memukau, lakonan yang dipersembahkan oleh Rita pasti akan berbekas di hati penonton. Siapa dapat lupa watak Rita dalam filem Mami Jarum serta drama Rafflesia. Itu belum dikira puluhan drama lakonannya yang sangat popular dan mendapat rating yang tinggi.

screen-shot-2017-10-17-at-10-59-25-am

Rita juga sehingga kini masih laris sebagai heroin malah pernah digelar sebagai Ratu Telenovela Melayu.

Berbelas tahun mengabdikan diri dalam bidang lakonan, namun belum ada satu pun lagi anugerah atau trofi pelakon terbaik menjadi miliknya.

screen-shot-2017-10-17-at-11-00-28-am

Rita sewaktu ditemui di majlis pelancaran produk Safi Rania Gold berkata, beliau tidak kisah tidak pernah meraih sebarang anugerah.

“Kami tak kisah pun, kalau dapat pun tak apa, tak dapat pun okay asalkan kami puas”, katanya.

Tambah Rita lagi lakonan adalah pekerjaannya dan akan terus berlakon untuk mencari rezeki.

screen-shot-2017-10-17-at-10-56-44-am

Dalam perkembangan lain, Rita bakal muncul dengan sebuah drama membawakan watak antagonis bergandingan dengan Fasha Sandha.

Suria doakan satu hari nanti dapat lihat Rita Rudaini naik ke atas pentas anugerah berprestij untuk mengambil trofi Pelakon Wanita Terbaik.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!