72607

Rizalman Ibrahim Terkesan Dengan Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim turut terkesan dengan insiden kebakaran yang meragut nyawa 23 pelajar Tahfiz di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Jalan Datuk Keramat.

Rizalman pernah menghantar anaknya Umar belajar di tahfiz yang sama sebelum anaknya itu melanjutkan pelajaran di tempat yang lain.

Di Instagram miliknya, Rizalman telah meluahkan rasa sedih dan menitipkan doa buat anak-anak tahfiz yang terkorban.

screen-shot-2017-09-14-at-4-12-10-pm

Kata Rizalman, ada di antara mangsa yang terkorban adalah kawan kepada anaknya. Anak-anak tahfiz itu juga sudah seperti anak angkatnya kerana beiau sering mengudang mereka ke rumahnya dan di pejabat jika ada sebarang majlis.

screen-shot-2017-09-14-at-4-11-40-pm

 

screen-shot-2017-09-14-at-4-14-17-pm

screen-shot-2017-09-14-at-4-14-43-pm

Malah katanya lagi, beliau sanggup membina rumah barunya berdekatan dengan pusat tahfiz berkenaan supaya anak-anak itu boleh bertandang dan bermandi-manda di kolam renang di rumahnya.

 

screen-shot-2017-09-14-at-4-20-49-pm

Namun ternyata Allah telah menyediakan bukan kolam, tetapi kali syurga yang mengalir lebih tenang dan indah buat mereka terlebih dahulu, tulisnya di status yang panjang itu.

Suria turut terkesan dengan insiden yang tidak diduga ini. Kepada keluarga mangsa yang terkorban, semoga tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan anak-anak syurga yang telah terkorban semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!