72319

RIZALMAN Pereka Fesyen Pertama Punya Siri Realiti - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Pereka fesyen terkenal tanah air Datuk Rizalman Ibrahim menjadi satu-satunya pereka fesyen di Malaysia yang memiliki program realiti kehidupannya sendiri. Menerusi saluran Life Inspired, siri realiti yang diberi nama RIZALMAN ini akan memaparkan perjalan kehidupan serta karier pereka yang berasal dari Pulau Pinang ini.

Siri sebanyak lapan episod ini akan mendedahkan kehidupan seharian Rizalman sebagai pereka fesyen, pereka hiasan dalaman, perancang perkahwinan, usahawan serta ayah kepada dua anak lelaki.

screen-shot-2017-05-30-at-4-02-37-pm

Dalam salah satu episod itu nanti juga akan dipaparkan kembara Rizalman ke beberapa bandaraya luar negara seperti Paris, Guangzhou dan Singapura dalam misi mencari material bagi koleksinya serta menjalani penggambaran untuk kempen terbaru beliau.

screen-shot-2017-05-30-at-4-09-14-pm

“Saya rasa kehidupan saya sangat menarik untuk orang menonton dan Life Inspired adalah saluran yang paling tepat untuk menceritakan realiti kehidupan saya. Saya ibaratkan tawaran ini sebagai mimpi yang menjadi nyata. Life Inspired adalah salah satu saluran kegemaran saya.

Orang tahu siapa itu Rizalman dan orang sebenarnya teringin sangat nak tengok macam mana Rizalman bahagikan masanya diantara keluarga serta kerjanya yang berlambak gila tu dan apakah proses kreatif yang berlangsung di sebalik setiap rekaan yang dia buat yang orang lain nampak.

screen-shot-2017-05-30-at-4-07-59-pm

Pada saya ia agak menarik untuk penonton melihat, belajar dan mengambil inspirasi tentang kehidupan saya atau sekurang-kurangnya menjadi manusia yang mempunyai satu akal dan sifat yang begitu disiplin serta sifat ego yang begitu baik dan positif untuk menjadikan diri mereka sebagai seorang yang dihormati dan dipandang mulia”, jelas Rizalman.

screen-shot-2017-05-30-at-4-03-03-pm

Ditanya adakah beliau sudah bersedia untuk dikecam oleh netizen apabila kehidupan peribadinya didedahkan, Rizalman berkata beliau tidak takut dengan segala kecaman kerana dalam siri ini beliau tidak memaparkan kemewahan harta yang dimilikinya dan ia merupakan satu realiti yang berbentuk dokumentari yang memberi inspirasi untuk berjaya.

screen-shot-2017-05-30-at-4-08-42-pm

“Saya pasti ramai orang yang sayang saya daripada benci, kalau ada orang benci pun, sebenarnya dia sayang saya cuma dia bencikan kejayaan saya, jadi itu yang saya ambil sebagai satu semangat memberanikan diri membuat siri realiti ini.

Saya suka memberikan satu benda yang tersurat dan tersirat kepada orang ramai, jadi orang yang bijak pandai sahaja yang boleh membaca cerita-cerita saya. Sebab itulah saya memilih Life Inspired sebab saya rasa orang yang melanggan saluran ini adalah orang-orang yang bijak, dan mempunyai citarasa, jadi tak payah saya membuang masa membaca kecaman-kecaman tersebut.”, terangnya.

screen-shot-2017-05-30-at-4-02-03-pm

Jangan lupa saksikan siri realiti terbaru berdurasi 30 minit ini di saluran Life Inspired bermula 30 Mei 2017 setiap Selasa jam 10 malam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!