84844

Rizman Ruzaini Diberi Penghargaan Mereka Trofi AJL32 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pereka fesyen duo terkenal negara, Rizman Ruzaini telah diberi penghargaan untuk mereka trofi terbaru buat pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) edisi ke 32.

Bersempena dengan tema AJL32 tahun ini, iaitu ‘Fesyen & Muzik’, pereka fesyen tersohor ini diberi peluang untuk memberi nafas baru kepada trofi ikonik itu.

whatsapp-image-2018-01-18-at-1-50-18-pm

SURIA berpeluang menebual sendiri pereka duo dinamik ini sewaktu sidang media AJL32 yang berlangsung semalam.

Menurut Rizman Ruzaini, peluang yang diberikan oleh pihak AJL ini ibarat bulan jatuh ke riba.

Kedua-dua pereka ini merupakan peminat tegar AJL dari zaman persekolahan mereka lagi malah sering memberi sokongan kepada Ziana Zain dari zaman diva itu membawakan lagu Kemelut Di Muara Kasih lagi.

whatsapp-image-2018-01-18-at-1-50-18-pm-3

“Tiba-tiba diberi peluang untuk mereka trofi AJL, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kami sangat terharu dengan penghargaan ini”, jelas Rizman.

Kata mereka lagi, selepas lebih 10 tahun memahat nama dalam industri fesyen Malaysia, rezeki mereka tidak putus-putus untuk melakukan sesuatu yang besar.

“Tahun ini AJL adalah satu penanda aras yang sangat kuat buat kami. 13 tahun dalam industri, tahun ini kami diberi peluang mereka trofi buat AJL. Bukan senang bagi kami, kerana sudah 32 tahun AJL menggunakan trofi yang sama, tiba-tiba tahun ini berubah.

Paling menarik di bahagian bawah trofi itu ada tertera tulisan ‘Direka Eksklusif Oleh Rizman Ruzaini’. itu adalah antara benda yang bakal diingati sepanjang tahun ini”, jelas mereka.

whatsapp-image-2018-01-18-at-1-50-18-pm-1

Berbicara mengenai rekaan yang dibuat untuk trofi AJL kali ini, Rizman Ruzaini yang sinonim dengan rekaan berkilau sarat perincian batu permata ini menerapkan elemen yang sama untuk trofi AJL32 ini.

whatsapp-image-2018-01-18-at-1-50-18-pm-2

“Bentuk trofi itu masih dikekalkan, cuma kami menambah perincian batu permata untuk menyerlahkan lagi tema fesyen dan muzik pada trofi itu.

Kami telah bahagikan kepada tiga warna iaitu emas, perak dan emas ros untuk setiap pemenang”, jelas mereka.

Tambah Rizman Ruzaini lagi, mereka sangat bersyukur kerana pihak produksi menerima baik idea mereka dan sangat gembira dengan rekaan terbaru trofi AJL32.

Pada malam AJL itu nanti, akan ada kejutan dari kedua-dua pereka fesyen ini. Kalau nak tahu apakah kejutan itu, sama-sama kita nantikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 32 yang akan berlangsung pada 11 Februari 2017 di Axiata Arena Bukit Jalil.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!