
/wp-content/uploads/2020/09/robert-2.png)
PELAKON Robert Pattinson disahkan positif untuk COVID-19, menyebabkan penggambaran filem “The Batman” dihentikan.
Dalam kenyataan Warner Bros, produksi filem itu dihentikan buat sementara waKtu berikutan salah seorang kru produksi dijangkiti Covid-19.
Bagaimanapun, Warner Bros tidak mendedahkan nama yang dijangkiti wabak itu.
“Penggambaran dihentikan buat sementara waktu” ujar Warner Bros.
Sumber memberitahu Hollywood Reporter, individu yang dijangkiti Covid-19 adalah bintang utama filem itu iaitu Pattinson.
Sebelum ini, beberapa selebriti Hollywood termasuk Dwayne Johnson, Tom Hanks, Idris Alba dan Madonna turut dijangkiti virus Covid-19.