93652

Rossa Simpan Dram Kepunyaan Bekas Suami - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kunjungan personaliti Youtube Atta Halilintar ke kediaman penyanyi Datuk Seri Rossa telah membongkar rahsia yang tidak diketahui umum.

Menurut laporan Liputan6, Atta mengelilingi di setiap sudut ruangan rumah Rossa dan menemui alat muzik dram kepunyaan bekas suami, Yoyo daripada kumpulan Padi.

“Dram ini bukan sebarangan ya. Ini milik Yoyo padi, bukan harta biasa-biasa,” kata Rossa.

“Wah cukup bernilai,” sampuk Atta pula.

Dalam pada itu, Rossa memberitahu dram tersebut diberikan kepada anaknya iaitu Rizky Langit Ramadhan.

Yoyo menghantar alat muzik tersebut ke rumahnya sebagai hadiah untuk anak tunggal mereka yang kini berusia 12 tahun.

“Rizky kata mahu belajar main dram, jadi Yoyo hantar ke rumah sebab tu ini dipanggil dram Yoyo Padi… bukan endorse ya!,” ujarnya.

Terdahulu, Rossa dan Yoyo bercerai pada tahun 2009.

 

 

SUMBER: Liputan6

Kredit artikel & gambar : mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!