85171

Rosyam Masih Berbisa, Fattah Mula Tunjuk Taring - Suria FM - Segalanya Hiburan

Filem terbaru keluaran Skop Production iaitu KL Special Force arahan pengarah muda Syafiq Yusof telah pun ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 8 Mac 2018.

Filem bergenre aksi ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Datuk Rosyam Nor, Fattah Amin dan Syamsul Yusof.

ksf

Menurut Syafiq, beliau memang sudah membayangkan ketiga-tiga pelakon ini sewaktu menulis skrip filem KL Special Force yang menelan belanja sebanyak RM4 juta ini.

Melihat kepada persembahan yang dipamerkan oleh ketiga-tiga pelakon ini, pujian harus diberikan kepada Datuk Rosyam Nor yang begitu menyerlah membawakan watak seorang pegawai polis yang sentiasa berada di dalam dilema.

rosyam-nor-filem-kl-special-force

Bagaikan satu kepuasan kepada peminat-peminat tegar hero malaya ini apabila dapat melihat aksi yang dilakonkan oleh Datuk Rosyam yang sudah lama tidak muncul dengan filem bergenre sebegini.

7f_filempecahpanggung1701

Di usia 50 tahun (sewaktu penggambaran), Datuk Rosyam masih kelihatan segak dan begitu menawan di layar lebar. Jadi tiada istilah hero tua yang sering dilabelkan kepadanya. Emosi yang diberikan oleh karektor Lan yang dimainkannya juga sampai kepada penonton terutamnya pada babak yang melibatkan keluarganya.

image

Fattah Amin juga tidak mahu kalah dalam memberikan persembahan mantap di samping pelakon-pelakon senior. Karektor yang dibawakan sangat berbeza dengan naskah yang pernah digalasnya sebelum ini.

kl3

Susuk tubuh sasa tinggi lampai berserta wajah kacak pasti membuatkan penonton terutamanya wanita menjadi tidak keruan melihat aksi Fattah.

051548qggcpac864ce4a44

Biarpun beraksi bersama pelakon senior yang jauh lebih berpengalaman seperti Datuk Rosyam, namun Fattah sama sekali tidak kelihatan canggung.

 

13166757_1028178617269297_2002375050_nSyamsul yang membawakan watak antagonis mungkin kelihatan sedikit klise kerana sering membawakan watak sebegitu. Namun penonton mungkin akan berubah pandangan apabila tiba di penghujung cerita.

7g_klspecialforcemenarik07

Kredit juga harus diberikan kepada pelakon-pelakon pembantu seperti Shaharudin Tambi, Sabrina Ali dan Puteri Balqish. Shaharudin yang membawa watak ketua kepada Datuk Rosyam dan Fattah berjaya menghidupkan lagi jalan cerita. Penonton pasti ketawa melihat aksinya yang tegas namun mempunyai elemen humor.

Lebih menarik apabila aksi-aksi lagak ngeri yang dipamerkan dalam filem ini dilakonkan sendiri oleh pelakon-pelakon. Terdapat babak di mana Datuk Rosyam dan Mustaqim Bahadon perlu terjun dari aras 7 sebuah bangunan. Fattah juga perlu berlari dan terjun dari bangunan untuk sebuah babak di mana dia perlu meloloskan diri.

fattah-amin-kl-special-force

Filem KL Special Force mengisahkan tentang Lan ( Datuk Rosyam Nor) yang harus menyelesaikan kes rompakan bersiri yang didalangi oleh Ashraff (Syamsul Yusof). Namun dalam satu operasi, pihak polis telah tumpas dan Lan mendapat tawaran dari Ashraff untuk bekerjasama dengannya.

filem-kl-special-force-ada-persamaan-dengan-police-story

Konflik mula melanda apabila kehadiran anggota polis baru iaitu Zul (Fattah Amin) yang curiga dengan Lan dan mengesyaki Lan bekerjasama dengan Ashraff.

Apakah yang akan berlaku kepada Lan? Dapatkan Zul membuktikan bahawa Lan bekerjasama dengan Ashraff? Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem KL Special FOrce yang sarat aksi mendebarkan di pawagam-pawagam berdekatan seluruh negara.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!