88420

Rubini Wakili Malaysia Di Asia’s Next Top Model 6 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Model popular dari Malaysia iaitu Rubini Sambanthan 26 bakal mewakili negara Malaysia dalam pertandingan pecarian model terkenal Asia’s Next Top Model musim keenam.

Gadis berketurunan India dan berasal dari  Kuala Lumpur ini juga merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia untuk tahun ini.

Di Malaysia, Rubini merupakan model popular yang sering menjadi pilihan pereka fesyen tempatan untuk menggayakan koleksi mereka sama ada untuk fotografi mahupun di atas pentas peragaan.

 

 

Wajahnya yang jelita juga sering menghiasi lembar fesyen majalah-majalah fesyen tempatan.

Jangan lupa untuk menonton perjuangan Rubini dalam merebut gelaran Asia’s Next Top Model bermula 22 Ogos ini di saluran FOX Life.

 

Kredit Foto : Instagram Rubini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!