88990

Ruffedge Ajak Peminat Muncul Dalam Klip Video Terbaru - Suria FM - Segalanya Hiburan

Selepas berjaya mengadakan konsert dan memperkenalkan lagu terbaru yang berjudul ‘Seperti Mereka’ kumpulan Ruffedge mahu mengajak para peminat mereka untuk turut serta memeriahkan klip video lagu tersebut.

Sekiranya ada yang ingin turut serta dan muncul dalam video muzik ‘Seperti Mereka’ oleh kumpulan Ruffedge, ini mungkin peluang anda!

Buat anda yang sudah berkahwin, sudah pasti anda mempunyai rakaman video detik-detik bersejarah tersebut.

Oleh itu Ruffedge ingin anda berkongsi detik-detik istimewa itu bersama mereka di dalam klip video ‘Seperti Mereka’. Anda boleh menghantarkan video perkahwinan anda kepada pihak Warner Music Malaysia dan video yang terpilih akan berpeluang untuk dimasukkan ke dalam video muzik ‘Seperti Mereka’.

Video yang boleh dihantar termasuklah video perkahwinan dan pertunangan yang berdurasi sekurang-kurangnya dua minit dalam format HD.

Hantarkan video ke warnermusic.my@gmail.com

Penerimaan video bermula daripada 14 hingga 21 Ogos 2018

Jadi tunggu apa lagi? Hantarkan video anda sekarang!

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!