72033

Rumah Tangga Nazim Othman & Bella Dally Bergolak? Ini Yang Dibalas Oleh Nazim Othman - Suria FM - Segalanya Hiburan

Nama pasangan selebriti suami isteri iaitu Nazim Othman dan Bella Dally cetus persoalan tentang status rumah tangga mereka berdua yang dikatakan sedang mengalami masalah.

Hal ini terjadi apabila masing-masing tidak lagi memuat naik foto bersama di akaun Instagram milik masing-masing dan bukan itu sahaja, Bella juga mengambil keputusan memadam gambar beliau bersama Nazim sebelum ini.

Paling mengejutkan, gambar semasa mereka berbulan madu juga turut menjadi ‘mangsa’. Ada juga sesetengah netizen yang berasa hairan apabila terlihat Nazim sering berseorangan ketika menghadiri majlis hiburan.

Walau bagaimanapun, Bella masih berdiam diri tentang isu ini tetapi Nazim sudah memuat naik video dengan berlatar belakangkan suara nyanyian Nazim dan kapsyen beliau tertera nama isterinya.

 

Hye @belladally

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

Kami di SURIAfm mendoakan agar hubungan yang terjalin akan kekal kukuh hingga ke akhir hayat. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Chewahh!

Sumber : Forum CARI

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!