97539

Ryan Reynolds dan Blake Lively derma RM4 juta kepada Mangsa Covid-19 yang Kurang Berkemampuan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penularan wabak Covid-19 yang semakin serius membuat pelakon Ryan Reynolds terpanggil untuk memberi bantuan.

Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram peribadinya itu, Ryan dan isterinya Blake Lively akan menderma $1 juta atau RM4 juta kepada mangsa Covid-19 yang kurang berkemampuan.

“Covid-19 telah memberi kesan yang sangat kejam kepada warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.

“Saya dan isteri menderma $1 juta untuk dibahagikan kepada Feeding America dan Food Bank Canada. Jika anda boleh memberi, organisasi ini memerlukan bantuan anda,” tulisnya.

Selain daripada itu, pelakon filem Deadpool ini juga memberikan nasihat orang ramai untuk selalu menjaga kesihatan.

“Jaga badan dan hati anda. Tinggalkan ruangan untuk kegembiraan dan hubungi seseorang yang terpencil dan mungkin memerlukan bantuan,” ujarnya.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...