91347

Sabarlah Datin Alyah - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dua tiga hari ini panas di media sosial apabila penyanyi Datin Alyah berbalas komen dengan seorang netizen di Instagram milik suaminya Dato’ Ramli MS.

Dari cara Datin Alyah meninggalkan komen, nampak seperti ada sesuatu yang sedang berlaku diantara pasangan suami isteri ini.

Kesabaran Datin Alyah bagaikan tengah diuji, ditambah pula komen biadap daripada netizen seakan menambah minyak di dalam api yang sedang membara.

SURIA sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku di dalam rumahtangga Datin Alyah dan Dato’ Ramli.

Tapi SURIA doakan semoga segala masalah dan kekusutan yang dihadapi Datin Alyah dapat menemui jalan penyelesaian yang baik dan berhemah. Diharap Datin Alyah dapat banyakkan bersabar kerana sabar adalah kekuatan dan senjata orang Islam.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!