72229

Safiey Ilias Rela Hati Untuk Bayar Segala Kos Guaman Kes Allahyarham Adik Thaqif Termasuklah….. - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pada 26 April 2017 yang lalu, negara dikejutkan dengan pemergian adik Mohamad Thaqif Amin pada jam 2.05 petang selepas beliau didakwa telah dipukul oleh pembantu warden asrama sekolahnya sehingga ia menyebabkan kedua belah kakinya terpaksa dipotong bagi mengelak terkena jangkitan kuman di bahagian lain pula.

Sememangnya pemergian Allahyarham sangat-sangat menyedihkan kerana gara-gara sikap individu lain, arwah menjadi mangsa sehingga ke hari-hari terakhirnya.

wp-1460861650641

Baru-baru ini usahawan muda yang dikenali sebagai Safiey Ilias telah membuat keputusan untuk menanggung segala kos guaman untuk menyaman individu yang terlibat dalam kes adik Thaqif ini.

safiey

Saya nak biayai kes guaman saman adik Thaqif ni.. siapa tahu mcm mana nk hubungi mak ayah arwah? Please inbox saya.. saya akan bagi peguam terhebat untuk handle kes..

Saya dengar haritu mak ayah dia nak take legal action kepada pihak terlibat.. kalau tak nak pun, saya nk jumpa mak ayah dia.. jika sudi..

Saya pun terkejut atas berita kematian Adik Thaqif.. TAKZIAH.. al fatihah.. .

Saya xnk komen lebih2 tp negara kita kan ada undang2..

Bukan itu sahaja, pemuda yang baru sahaja berusia 23 tahun ini juga menjelaskan bahawa beliau akan memberikan khidmat peguam terhebat kepada keluarga adik Thaqif untuk menyelesaikan kes ini sehingga ke muka pengadilan.

Rata-rata netizen juga turut meluahkan rasa sedih atas pemergian adik Thaqif selain ada juga yang turut mendoakan agar keluarga Allahyarham kuat dan sabar menghadapi dugaan ini.

Kami di SURIA juga turut terkesan dan bersimpati dengan apa yang telah terjadi terhadap adik Thaqif sehingga Allahyarham terpaksa menanggung derita sebegitu. Doa kami supaya ahli keluarga terutamanya ayah ibunya sentiasa diberikan kekuatan dan kesabaran dengan apa yang terjadi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Al-Fatihah.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!