84854

Safiey Illias Disuruh Bertaubat Oleh Para Netizen - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-23-at-12-08-18-pm-1

Usahawan kosmetik terkenal Safiey Illias digesa para netizen untuk bertaubat selepas mengeluarkan kenyataan yang dia ‘sudah potong’ dan tidak ada salahnya dia bergambar mesra dengan lelaki lain di laman Instagramnya baru-baru ini.

Safiey menjelaskan lagi yang dia bukannya berzina dan tidak ada salahnya lelaki bergambar dengan lelaki.

whatsapp-image-2018-01-23-at-12-12-39-pm

Sebelum ini Safiey Illias pernah cuba kembali ke perwatakan lelakinya namun ia tidak bertahan lama kerana selepas itu Safiey memilih untuk berpakaian seperti wanita semula.

whatsapp-image-2018-01-23-at-12-08-18-pm

Sebelum ini Safiey juga pernah mencuri perhatian umum kala pakar motivasi Dr Syahr Musafir menyarankan supaya produk keluaran Safiey diboikot gara-gara Safiey dikatakan mempermainkan hukum agama. Walau bagaimanapun Mufti negeri Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan menegaskan pendekatan dakwah lebih sesuai.

Apa pun kami di Suria mendoakan yang terbaik buat Safiey dan semoga diberikan petunjuk Tuhan Yang Esa. Buat para netizen pula, sama-samalah mendoakan yang terbaik untuk orang lain dan jangan tambahkan dosa dengan mencaci serta menghina.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!