72080

Saharul Ridzwan Dilamar Menjadi Ikon & Duta KRUM - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

Pelakon lelaki Saharul Ridzwan yang bakal bergelar bapa hanya dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi telah dilamar oleh KELAB REMAJA UDARA MALAYSIA (KRUM) apabila beliau mempunyai kriteria yang tepat untuk menjadi Ikon dan Duta KRUM.

unnamed-1

Untuk pengetahuan anda, Saharul yang dahulunya adalah seorang jurutera pesawat yang memegang sijil Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat sebelum beliau melebarkan sayapnya ke dalam bidang lakonan dan peragaan.

unnamed-3

Jadi, tidak hairanlah mengapa beliau dipilih untuk menjadi Ikon dan Duta program ini bagi membantu untuk menarik minat remaja, para pelajar dan belia Malaysia untuk sentiasa mengisi peluang yang terbuka luas dengan program seumpama ini bagi meneroka tentang dunia penerbangan.

unnamed-4

KRUM merupakan salah satu platform untuk memberikan pendedahan awal dan bimbingan yang berteraskan sains, kejuruteraan dan teknologi yang mengandungi 60% adalah pengisian yang berasaskan dunia penerbangan. 

unnamed-6

Kepada anda yang berminat untuk memberikan pendedahan seumpama ini kepada anak-anak anda adalah sangat dialu-alukan apabila ia terbuka kepada para pelajar dan remaja yang berusia 10 tahun ke atas. 

unnamed-7

Antara agensi yang turut bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah:

  • UTM
  • UNIKL MIAT
  • TUDM
  • SR AVIATION
  • MAS WINGS
  • SIMFLIGHT KL
  • AERODROME SUNGAI RAMBAI
  • AIRCADEMY CABIN CREW
  • MAIA 

Kami di SURIAfm sangat berbesar hati untuk menjemput anda yang ingin belajar dan menambah ilmu pengetahuan tentang dunia penerbangan untuk bersama-sama menyertai program seumpama ini bagi menaikkan lagi semangat anda untuk terus mengapai cita-cita anda. 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!