72265

Sajadah Ka’bah : Suatu Takdir Buat Rahmad Mega. - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_20170504_141556_hdr

“Kebetulan demi kebetulan diatur sehingga saya dapat menyanyikan lagu Sajadah Ka’ bah”

Begitulah kenyataan Rahmad Mega ketika ditemui di rumah ahli keluarga arwah Deddy Dores di Jakarta bersama penerbit lagu Cahaya Bunga Saragih bagi mendapatkan restu untuk menyanyikan semula karya lagu penyanyi tersebut. Deddy Dores merupakan salah seorang penyanyi asal lagu ‘Jangan Pisahkan’ yang pernah popular awal tahun 90-an dulu.

img_20170504_141404_hdr

Kedatangan Rahmad dan Cahaya ke rumah keluarga Allahyarham Deddy Dores disambut dengan tangan terbuka. Ia merupakan pertemuan pertama bersama keluarga beliau bagi mendapatkan maklumbalas dan restu dari pihak keluarganya. Rahmad menghadiahkan sejadah kepada anak Allahyarham Deddy Dores, Agnes Dores sebagai simbolik lagu Sajadah Ka’bah karya asal arwah ayahnya. Agnes berasa terharu dan melahirkan rasa terima kasih kepada pihak yang masih sayangkan arwah ayahnya.

img_20170504_130721_hdr

Menurut Rahmad, beliau sudah lama mencari lagu-lagu dakwah berunsur ketuhanan dan nasihat untuk dinyanyikan namun sehingga kini hati beliau tidak terbuka untuk menyanyikan mana-mana lagu dakwah. Pada masa yang sama Cahaya juga masih mencari penyanyi untuk membawakan karya arwah Deddy Dores. “Siapa jodoh penyanyi lagu saya… saya masih mencari kolaborasi yang sesuai” tambah Cahaya.

img_20170504_141216_hdr

Rahmad kemudian menyatakan hasrat beliau kepada seorang teman di Jakarta yang akhirnya mempertemukan Rahmad dan Cahaya. Apabila Rahmad pertama kali mendengar Sajadah Ka’bah, terdetik di hati beliau yang melodi lagu itu adalah melodi yang dia cari dan lagu tersebut mempunyai ciri –ciri lagu dakwah yang Rahmad impikan selama ini. Seperti suatu takdir yang telah dirancang Rahmad mampu menyanyikan lagu ini dengan hanya mendengar melodi lagu tersebut sebanyak dua kali sahaja. Di samping itu, Deddy Dores juga merupakan idola beliau, nada suara yang setara dengan arwah membolehkan Rahmad menyanyikan lagu ini tanpa sebarang masalah.

Tambah Rahmad sekiranya masyarakat Indonesia dan Malaysia dapat menerima kolaborasi ini beliau akan merancang membuat comeback dengan koleksi hit arwah Deddy Dores dan penyanyi – penyanyi yang pernah berduet dengan Allahyarham Deddy Dores.

Sumbangan : Wan Azfarozza Wan Athmar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!