72646

Sajjad Antara Peserta CERIA i-STAR 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Industri hiburan berlandaskan Islamik dilihat kian mendapat tempat dalam persada seni tanah air dengan kemunculan beberapa program yang mengetengahkan unsur-unsur Islamik.

Demi meneruskan perkembangan positif ini, Astro Ceria sekali lagi membawakan sebuah program pencarian bakat cilik Islamik, ‘Ceria i-Star 2017’ yang akan mula bersiaran di kaca televisyen penonton selama satu jam pada setiap hari Sabtu, mulai 7 Oktober 2017, jam 9.00 malam di Astro Ceria.

screen-shot-2017-09-29-at-1-05-15-pm

Bintang utama program ini iaitu 11 peserta cilik terdiri daripada tujuh peserta solo dan empat peserta berkumpulan mewakili negara-negara Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Antara senarai peserta yang terlibat ialah, Sajjad, 11 tahun (Indonesia), Syifa, 8 tahun (Indonesia), Rayyan 13 tahun (Malaysia), Hazury, 12 tahun, (Malaysia), Puteri Siti Mahirah, 13 tahun (Malaysia), Ayeen, 10 tahun (Malaysia), Fikki, 14 tahun (Brunei), Islamic Girls (Malaysia), Madani (Malaysia), Soutul Balad (Malaysia) dan U.M.M (Malaysia& & Indonesia)

Sajjad (Indonesia)
Sajjad (Indonesia)

 

Ayeen (Malaysia)
Ayeen (Malaysia)
Fikki (Brunei)
Fikki (Brunei)
Islamic Girls (Malaysia)
Islamic Girls (Malaysia)
Soutul Balad (Malaysia)
Soutul Balad (Malaysia)

Nabil Ahmad dan PU Yeop masih lagi dikekalkan sebagai pengacara untuk musim kedua ini. Tetapi kali ini mereka akan ditemani oleh bekas peserta Maharajalawak Mega dari Indonesia iaitu Dzawin Nur Ikram sebagai pengacara bersama.

screen-shot-2017-09-29-at-12-57-35-pm

Juri tetap pula dibarisi oleh Ustaz Amin Idris dan Imam Muda Asyraf yang akan menilai persembahan mereka setiap minggu.

screen-shot-2017-09-29-at-1-00-18-pm

Penilaian mereka akan disokong oleh juri jemputan mingguan dari negara-negara serantau yang akan menduduki kerusi ‘Juri Nusantara’. Salah seorang daripada mereka adalah bintang terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

screen-shot-2017-09-29-at-12-54-32-pm

Jangan lupa untuk saksikan program yang sangat bermanfaat untuk kita semua ini pada 7 Oktober nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!