89390

Sakai Melayu Ni Tak Ada Kerja Lain Nak Buka Aib – Datuk Chef Wan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam panas juga alam maya media sosial di Malaysia dengan penyebaran gambar Chef tersohor Malaysia siapa lagi kalau bukan Datuk Chef Wan.

Ramai yang terkejut melihat imej Chef Wan yang bergaya seperti seorang wanita bersama dengan seorang lelaki lain yang turut memakai baju wanita.

Gambar itu telah dimuatnaik oleh akaun Instagram yang menggunakan nama Mak Cik Puaka.

Namun Datuk Chef Wan telah tampil untuk memberikan penjelasan selepas menyedari gambarnya digunakan untuk tujuan membuka aib.

Kata Datuk Chef Wan menerusi status yang dimuatnaiknya di Instagram, gambar tersebut diambil sewaktu beliau menghadiri sebuah parti kira-kira 13 tahun lalu bersama anak perempuannya Serina.

Katanya lagi, beliau sekadar mengikut tema majlis hari jadi itu iaitu ‘Fabulous Drag’ dimana tetamu lelaki harus memakai pakaian perempuan.

Datuk Chef Wan turut kesal dengan tindakan sakai-sakai Melayu yang tidak ada kerja lain mahu membuka cerita yang telah basi untuk mengaibkan dirinya.

Tambah bapa kepada dua orang anak itu, beliau boleh membuat laporan polis dan menyaman pihak yang cuba untuk mengaibkan dirinya itu.

Di ruangan komen, ramai juga netizen yang menyokong Datuk Chef Wan dan menyelar tindakan individu yang cuba membuka aib yang telah berbelas tahun berlaku.

Semoga Datuk Chef Wan kuat menghadapi dugaan ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!