72484

Sakit Ku Rasa Taruhan Terbaru Black - Suria FM - Segalanya Hiburan

black-sakit-ku-rasa

Selepas kejayaan lagu Anugerah Terindah, penyanyi popular Black muncul dengan single terbaru yang berjudul Sakit Ku Rasa.

Masih mengekalkan genre Pop balada, kali ini Black menggunakan khidmat komposer terkenal Zul 2by2. Istimewanya, lagu ini turut menampilkan Black sendiri sebagai penulis lirik disamping Zul.

“Saya selesa dengan genre ini. Setelah melihat fenomena Anugerah Terindah, saya yakin ini adalah genre yang sesuai dan kena dengan suara saya. Tetapi tidak saya nafikan ada yang turut bertanyakan kenapa saya tidak membawakan lagu yang lebih rancak, untuk makluman saya pernah membawakan lagu seperti itu sebelum ini bersama sahabat baik saya Tomok melalui lagu Rempuh,” jelas Black.

Ini merupakan kali pertama Black bekerjasama dengan Zul 2by2 dalam menghasilkan lagu.

“Seronok bekerjasama dengan abang Zul. Beliau tidak memberikan saya tekanan semasa proses rakaman dan kami banyak berkongsi idea untuk menjadikan lagu ini penuh dengan perasaan dan melekat di hati pendengar,” ujar Black.

Penggambaran muzik video Sakit Ku Rasa dijangkakan akan berlangsung awal Ogos ini dan dijangka akan turut menjadi fenomena seperti Anugerah Terindah.

Dengarkan audio rasmi Sakit Ku Rasa di laman YouTube Monkey Bone. Lagu ini dapat dinikmati di seluruh platform digital tidak lama lagi.

 

Untuk lebih bnyak buletin hiburan dan berita sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!