84917

Saksikan Kembara Zulin Aziz Di Pulau Jeju Bermula Hari Ini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Episod pertama Travelog Kembara Lagu Untuk Laila telah pun bermula dimana anda bakal saksikan hos anda iaitu Zulin Aziz akan membawa anda jalan-jalan menikmati keindahan di Pulau Jeju Korea Selatan.

promo-banner_kembara-lagu-untuk-laila_1920x693px

Bukan itu sahaja, Zulin juga akan bawa anda untuk melihat penggambaran muzik video terbaru kumpulan Akim & The Majistret iaitu Lagu Untuk Laila.

 

whatsapp-image-2018-01-15-at-17-44-03

Untuk episod yang pertama, Zulin akan membawa anda ke sebuah tempat tumpuan pelancong yang diberi nama Swiss Village dimana di tempat ini terdapat rekaan rumah yang berwarna warni seperti di Switzerland.

whatsapp-image-2018-01-15-at-17-40-41-2

Di Swiss Village ini juga terdapat pelabagi kedai-kedai yang menarik yang boleh anda kunjungi antaranya kedai cenderamata, kedai kopi serta kedai yang menjual ais krim yang diperbuat daripada buah limau yang menjadi identiti Pulau Jeju.

Kalau anda nak tengok macam mana Zulin terpaksa makan ais krim sambil menahan kedinginan musim sejuk Pulau Jeju, anda kena tonton episod pertama Kembara Lagu Untuk Laila di Suria.My , Suria TV dan Facebook Suria Malaysia.

whatsapp-image-2018-01-15-at-19-08-00

Untuk pengembaraan Travelog Kembara Lagu Untuk Laila ini, Zulin Aziz bersama Akim & The Majistret serta seluruh warga kerja Suria Malaysia telah diterbangkan khas oleh Air Asia X yang kini mempunyai penerbangan terus ke Pulau Jeju.

Terima Kasih juga kepada Jeju Special Self Governing Province dan Vacasia Tours & Travel. Kembara Lagu Untuk Laila akan disiarkan setiap hari Rabu bermula jam 12 tengah hari.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!