72617

Salah Pilih Lagu Punca Tersingkir - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam telah berlangsung konsert AF Megastar pertama melibatkan  peserta Top 12 yang menyaksikan Adira dan Azhar menjadi dua peserta pertama yang meninggalkan pentas AF Megastar.

Tema ‘Throwback’ dipilih untuk konsert yang pertama ini. Peserta perlu menyanyikan lagu-lagu yang pernah didendangkan sewaktu Akademi Fantasia.

screen-shot-2017-09-18-at-12-59-04-pm

Adira menyampaikan lagu Ikut Rentak Ku nyanyian asal Jaclyn Victor yang pernah dinyanyikan oleh Aisyah AF2013, manakala Azhar pula menyampaikan lagu Dalam Gerimis nyanyian asal Visa yang pernah dinyanyikan oleh Maulana AF8.

screen-shot-2017-09-18-at-12-59-48-pm

Menurut juri, persembahan Adira seperti tidak komited dan nyanyiannya tersekat-sekat.

Azhar pula dilihat canggung di atas pentas menyanyikan lagu yang bukan genre yang sesuai untuk dirinya.

screen-shot-2017-09-18-at-1-01-17-pm

Turut berada di tangga tiga terbawah pada malam itu ialah Amir Jahari yang menyampaikan lagu Laskar Pelangi.

“Saya sudah menduga bahawa saya akan tersingkir pada malam ini disebabkan beberapa kesilapan yang datangnya daripada saya sendiri. Saya setuju dengan kata-kata Datuk Norman yang merasakan saya kekok berada di atas pentas”, luahnya.

screen-shot-2017-09-18-at-1-03-25-pm

Azhar turut berasa sedikit kecewa kerana masih banyak lagi yang mahu ditonjolkannya untuk AF Megastar. Beliau turut mengakui lagu Dalam Gerimis adalah pilihan ketiganya untuk konsert yang pertama ini.

Bagi Adira pula, beliau menafikan bahawa masalah peribadi telah mengganggu konsentrasi persembahannya.

screen-shot-2017-09-18-at-1-03-02-pm

Kebelakangan ini Adira sering terpalit dengan isu rumahtangganya bersama suami Datuk Red.

“Kalau ada gangguan, itu adalah dari diri saya sendiri, bukan dari pihak lain”, katanya.

Adira mendapat markah keseluruhan (29.3%) manakala Azhar pula mendapat markah sebanyak( 17.1%) sekaligus mejadikan mereka berdua peserta yang tercorot.

Sementara itu peserta yang paling menyerlah dan berada dalam kedudukan tertinggi semalam adalah Syamel (58.6%), Marsha (57.4%) dan Bob (56.6%). Syamel turut membawa pulang trofi persembahan terbaik mingguan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!