90516

Saleem Iklim Meninggal Dunia, Suara ‘Emas’ Akan Terus Diminati Selamanya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi lelaki popular Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abdul Majeed, 57, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, pada jam 6.30 pagi tadi.

Saleem yang juga merupakan vokalis kumpulan Iklam itu sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi kerana kemanalangan jalan raya di Bandar Mahkota Cheras 22 hari yang lalu.

Anak bongsunya, Muhammad Amirul Mukmin, berkata arwah bapanya berada dalam keadaan kritikal sejak semalam.

“Akibat hentakan kuat ketika kemalangan, otaknya bengkak, sekali gus menyukarkan penafasannya.

“Selepas koma hampir dua minggu, arwah mula sedar, tetapi keadaannya semakin lemah.

“Walaupun kelihatan ceria, kami nampak banyak perubahan pada arwah terutama apabila bibirnya berubah pucat.

“Doktor mengambil keputusan menidurkannya kerana arwah mengadu mengalami sakit kepala yang amat sangat apabila sedar,” katanya.

Amirul berkata, doktor menghubungi keluarganya jam 5.30 pagi tadi selepas keadaan bapanya semakin kritikal.

“Arwah terpaksa diberikan bantuan kecemasan, tetapi menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi.

“Kami reda dengan pemergian arwah kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan selepas melihat keadaannya yang semakin kritikal,” katanya.

Jenazah akan dibawa ke surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tun Hussein Onn selepas solat Zuhur.

Saleem yang merupakan vokalin kumpulan Iklim pernah mencipta fenomena satu masa dahulu sehingga ke Indonesia. Antara lagu-lagu popular yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Suci Dalam Debu, Bunga Emas, Bukan Ku Tak Sudi dan banyak lagi.

Takziah SURIA ucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Saleem. Pemergian Saleem merupakan kehilangan yang amat besar dalam industri seni suara. Suara emas Saleem akan sentiasa berkemundang di telinga peminat Saleem selamanya. Al-Fatihah.

Sumber : Berita Harian

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!