72190

Salma 3 Juara : "Saya dan Suami OK je" - Suria FM - Segalanya Hiburan

salma

Berikutan berita tentang suaminya, Azri AF9 yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan anak itu ke dalam air panas tahun lalu, bekas pemenang rancangan 3 Juara dan Mentor Musim kelima, Salma Andi-Asis memberitahu hubungan dia dan suaminya masih baik.

“Hubungan kami masih OK. Tiada hasrat untuk bercerai. Kalau kami nak bercerai pasti kami akan beritahu orang,” jawab Salma ketika ditanya di siri Jelajah Suria 10 Tahun di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hujung minggu lalu.

Salma memberikan penjelasan tersebut berikutan desas-desus yang mengatakan dia dan suaminya bakal bercerai selepas suaminya dituduh mendera anak perempuan Salma yang merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertamanya dahulu.

whatsapp-image-2017-04-16-at-6-37-32-pm-2

Suaminya, Azri AF9 atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohamed Mokhzani Mokhtar baru-baru ini.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Azri didakwa melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang kini berumur 10 tahun dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, jam 8 pagi, pada 5 Mei 2016.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa dan menetapkan 15 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Apapun, kami di Suria mendoakan yang terbaik buat rumahtangga Salma dan Azri, dan semoga mereka sekeluarga terus bahagia dan dilindungi Yang Maha Esa.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!