72123

Sampai Merah Mata Saya – Emma Maembong - Suria FM - Segalanya Hiburan

 

emma1

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak, Emma Maembong memberitahu pihak SURIA baru-baru ini matanya menjadi merah gara-gara gementar menunggu reaksi peminat di Malam Gala filem terbarunya ‘Kimchi Untuk Awak’.

“Awak boleh tengok sendiri, mata saya sampai merah sekarang sebab rasa gugup dan gementar menunggu reaksi penonton filem ini, ” ujar Emma sambil tersenyum.

Filem pertama arahan Michael Ang itu yang menjalani penggambaran di Korea Selatan turut menampilkan Aiman Hakim dan juga Sharifah Sakinah sebagai para pelakon.

Pada malam gala tersebut juga, kelihatan kemunculan pelakon popular yang dikatakan rapat dengan Emma Maembong, iaitu Kamal Adli yang hadir memberikan sokongan. Kemunculan Kamal pada malam tersebut menguatkan lagi spekulasi tentang perhubungan mereka berdua.

kua_58

Namun kala ditanya tentang desas-desus yang mereka bakal berkahwin, Emma mengatakan bahawa semua itu khabar angin semata.

“Semua itu gossip sahaja. Jangan terlalu dengar kata orang, ” jelas Emma dengan ringkas.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!