100070

Sanjay Dutt Diagnosis Kanser Paru-Paru Tahap Empat - Suria FM - Segalanya Hiburan

STATUS pelakon Sanjay Dutt di Twitter pada Selasa mengatakan dia akan berehat buat sementara dari dunia seni kerana rawatan kesihatan mencetuskan spekulasi.

Menerusi laporan Hindustantimes, Sanjay telah disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru tahap empat dan kini dirawat di Hospital Lilavati, Mumbai.

Malah, pelakon terkenal Bollywood itu akan diterbangkan ke United State untuk menjalani rawatan kanser tersebut dalam masa terdekat.

Pada Sabtu lalu, Sanjay telah dibawa ke hospital tersebut selepas dia mengalami sakit dada dan sukar bernafas.

Bagaimanapun, Sanjay dibenarkan pulang pada Isnin selepas keputusan ujian saringan wabak Covid-19 negatif.

“Sanjay dibawa ke hospital dalam keadaan sukar untuk bernafas. Tapi dia disahkan negatif Covid-19.

“Bagaimanapun, selepas jalani pemeriksaan kanser paru-paru, keputusannya positif,” kata sumber dari hospital tersebut.

Kredit gambar dan artikel dari mStar dan Hollywoodtimes

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...