88548

Sanjna Suri Miss Supranational Malaysia 2018 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Organisasi Ratu Malaysia (RMO) yang juga pemegang lesen rasmi Miss Supranational Malaysia 2018 telah melantik Sanjna Suri sebagai Miss Supranational Malaysia 2018. Buat pertama kalinya, Miss Supranational 2017, Jenny Kim dari Korea dan Presiden Miss Supranational Organization, Encik Gerhard Patzutka von Lipinski dari Poland telah hadir untuk merasmikan upacara kemuncak di Kuala Lumpur.

Sanjna merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima latihan ditaja sepenuhnya dari kem kecantikan yang sangat terkenal di Filipina, Kagandahang Flores yang menghasilkan banyak pemenang pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sanjna yang juga dikenali sebagai model, penyanyi, pelakon dan bekas ahli farmasi adalah lulusan dari Kolej Sains Perubatan Farmasi Universiti Cyberjaya dengan Kehormatan Kelas Pertama.

Dia berdarah kacukan India Utara, Rusia, Mongolia dan Parsi dan fasih di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Hindi.

Selain mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia tentang kepentingan hubungan antarabangsa dan kepelbagaian budaya yang dapat membantu membangunkan ekonomi Malaysia dengan lebih jauh dengan melibatkan belia secara besar-besaran, RMO juga ingin memberi inspirasi, dan mendorong rakyat Malaysia untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dengan memantapkan hubungan antarabangsa dan kepelbagaian budaya menerusi pertandingan ratu cantik.

Untuk menguatkan misi diplomatik RMO telah menghantar Sanjna Suri sebagai duta muhibah ke Final Piala Dunia 2018, di Moscow, Rusia untuk memberikan pendedahan awal di dalam acara kelas dunia dan juga sebagai pemanduan publisiti untuk organisasi ini. Rancangan masa depan RMO termasuklah persembahan pelancongan dan fesyen di Bali, Dubai, Manchester dan Warsaw.

Kami mengucapkan syabas kepada Sanjna Suri dan semoga berjaya di peringkat antarabangsa nanti!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!