89424

Sarapan Pagi Bersama Team Pagi Suria Meriah! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sabtu lalu Team Pagi Suria yang menggandingkan Fizi Ali, Shahrol Shiro dan Issey telah belanja lebih dari 100 orang sarapan pagi di Pasar Tani Kelana Jaya Selangor.

Seawal pukul 7.30 sudah ramai pegunjung-pengunjung Pasar Tani Kelana Jaya yang beratur untuk bersarapan secara percuma bersama Team Pagi Suria.

Bukan sahaja dihadiri oleh Team Pagi Suria, tetapi acara istimewa ini turut dihadiri oleh penyampai-penyampai Suria yang lain seperti DJ Lin, Cik Piah, Rara, Tyzo, Halim Othman dan Naim Hashim. ‘

Memang meriah Pasar Tani Kelana Jaya pada pagi itu. Pengunjung-pengunjung yang datang juga sangat ramah dan mesra.

Selain bersarapan, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan khas untuk pengunjung yang hadir. Antara aktiviti yang diadakan ialah permainan teka barang dan juga kuiz di mana setiap pemenang membawa pulang hadiah istimewa dari FAMA dan juga T-Shirt eksklusif Suria.

Melihatkan sambutan yang sangat menggalakkan, aktiviti sarapan bersama Team Pagi Suria ini bakal menjelajah ke beberapa negeri di seluruh Malaysia. Wah tak sabar rasanya nak bertemu dan bersarapan dengan pendengar-pendengar Suria di negeri lain pula. Katanya SURIA bakal terbang jauh. Di mana tu? Sama-sama kita tunggu okay.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!