72878

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad Meninggal Dunia - Suria FM - Segalanya Hiburan

shahnon-ahmad

Malaysia kehilangan sebutir lagi bintang dunia kesusasteraan Melayu.

Menurut laporan akhbar Utusan Online, sasterawan Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr. Shahnon Ahmad meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Kajang pada pukul 7.30 pagi tadi.

Anak Allahyarham, Asrul Sani berkata, pengurusan dan solat jenazah akan dilakukan di Surau Madani, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dekat sini selepas solat Zuhur.

“Segala urusan pengebumian jenazah akan dilakukan di Surau Madani,” katanya kepada pihak Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Allahyarham yang terkenal dengan novel penulisannya bertajuk ‘Rentong’ dan ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Allahyarham pernah mencetuskan perkembangan dan disiplin ilmu Kesusasteraan Islami sejak polemik Sastera Islam yang berkembang mekar pada era 1970-an

sumber : Utusan Online

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!