88563

Satu Malaysia Benci ‘Husna’ - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sejak dua menjak ni SURIA tengok di media sosial ramai betul yang asyik sebut-sebut nama ‘Husna’.

Ramai netizen yang geram dengan perempuan bernama ‘Husna’ ni. Siasat-punya siasat rupa-rupanya mereka geram dengan watak ‘Husna’ yang dilakonkan oleh Niena Baharun dalam drama Jangan Benci Cintaku.

Niena membawakan watak pengganggu suami orang yang sering mengundang kebencian penonton dengan perangainya yang menjelekkan.

Di Instagram Niena, beribu-ribu komen netizen yang ditinggalkan untuk mengecam ‘Husna’.

Wah nampaknya Niena benar-benar berjaya menghidupkan watak ‘Husna’ sehingga dibenci ramai. Khabarnya Datuk Aznil Haji Nawawi pun terbawa-bawa emosi menonton drama ini.

Tahniah buat Niena Baharun. Semoga selamat bersalin nanti ya Niena!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!