72318

Say Yes To The Dress Kini Di Asia - Suria FM - Segalanya Hiburan

Istimewa untuk bakal pengantin di Asia, siri realiti televisyen popular Say Yes To The Dress bakal diadaptasi untuk versi Asia.

Rancangan yang akan disiarkan di saluran hiburan dan gaya hidup TLC itu bakal di kendalikan oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Jovian Mandagie serta pelakon dan pengacara Daphne Iking.

screen-shot-2017-05-30-at-10-07-59-am

Bakal pengantin pastinya akan teruja apabila pereka terkenal negara seperti Jovian bakal membantu merealisasikan impian hari bahagia mereka berbekalkan pengalaman yang sangat tinggi dalam bidang fesyen.

“Saya sangat berbesar hati dan berbangga apabila diberi peluang untuk menyertai Say Yes To The Dress Asia. Sebagai seorang pereka fesyen, ia memberi satu kepuasan apabila saya dapat merealisasikan impian pelanggan saya menjadi kenyataan.

Saya tidak sabar untuk bertemu bakal-bakal pengantin dan membantu mereka dalam memilih gaun yang sempurna untuk menuju hari bahagia mereka,” jelas Jovian.

screen-shot-2017-05-30-at-10-07-36-am

Bagi Daphne pula, beliau sangat teruja apabila diberitahu siri realiti kegemaran ramai ini akan dibawa ke Asia.

“Saya adalah peminat siri ini, dan saya rasa gembira apabila TLC mencipta versi Asia kerana kita dapat mendedahkan lebih ramai pereka fesyen yang berbakat.

Saya juga gembira dapat bekerjasama sekali lagi bersama Jovian kerana beliau memainkan peranan penting dalam membantu saya memilih gaun impian untuk hari bahagia saya,” katanya.

Say Yes To The Dress Asia bakal memaparkan kisah perjalanan bakal-bakal pengantin dalam memilih gaun yang sempurna untuk hari bahagia mereka. Siri yang dirakam di sekitar Lembah Klang Kuala Lumpur ini akan turut memaparkan keunikan budaya masyarakat Asia Tenggara serta cerita disebalik pemilihan gaun yang bersuaian dan mendapat restu orang yang tersayang.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!