72266

Saya Akan Ingat Peristiwa Ini Sampai Mati – Fasha Sandha - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kecoh di Instagram apabila pelakon popular lagi sensasi, Fasha Sandha telah memuatnaik gambar serta status luahan hatinya mengenai seorang artis yang tidak mahu kehadirannya di satu majlis.

screen-shot-2017-05-11-at-4-11-24-pm

Menerusi status panjang lebar itu, Fasha menceritakan pengalaman ngerinya sewaktu menghadiri majlis Fenomena Aidilfitri 2017 anjuran gedung tekstil terkemuka.

screen-shot-2017-05-11-at-4-12-16-pm

Menurut Fasha, dia diberitahu pihak pengurusan gedung itu bahawa satu jenama artis lain akan menarik diri jika Fasha hadir ke majlis itu.

Tetapi selepas lima belas minit, pihat pengurusan itu menghubungi semula pihak Fasha, dan membenarkan Fasha menghadirkan diri dengan alasan ada salah faham yang berlaku.

screen-shot-2017-05-11-at-4-12-43-pm

Fasha yang kecewa dan sedih tetap menggagahkan diri untuk pergi ke majlis tersebut di atas dasar profesionalisma.

Fasha juga menyelar pihak yang tidak mahu kehadirannya di majlis itu supaya tidak sesuka hati menghalau orang dari majlis yang bukan anjuran pihak itu sendiri.

screen-shot-2017-05-11-at-4-12-56-pm

Di penghujung status itu, Fasha telah mengucapkan ‘All the best to you burung hantu’ bersama hashtag #moveonplease.

screen-shot-2017-05-11-at-4-13-22-pm

Ramai netizen yang membuat andaian bahawa burung hantu yang dimaksudkan Fasha itu adalah Nora Danish yang juga pemilik jenama pakaian Owl by ND.

screen-shot-2017-05-11-at-4-24-44-pm

Peperangan siber mula tercetus diantara peminat kedua-dua selebriti yang mempunyai sejarah silam ini dengan masing-masing cuba mempertahankan selebriti kesayangan mereka.

_20170511_155609

 

_20170511_155618Nampaknya drama di antara Fasha dan Nora kembali menjadi bualan hangat selepas beberapa lama peminat seni tempatan tidak disajikan dengan kontroversi panas mereka.

Semoga kita sama-sama beristiqamah dan terhindar dari sebarang perkara yang mampu menjerumuskan kita ke kancah fitnah.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!