71964

'Saya Akui Saya Cemburu Dengan Syamel' – Sufi AF2015 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Juara Akademi Fantasia pasa tahun 2015 iaitu Sufi mengakui bahawa dirinya agak cemburu dengan kejayaan Syamel yang juga bekas juara program itu.

12113445_976015742470883_2877134990150372542_o

Jom kita baca kenyataan dari Sufi sendiri tentang kejayaan yang dipegang oleh Syamel ketika ini.

“Saya akui saya cemburu dengan Syamel, tapi saya cemburu dalam cara yang baik. Semenjak kami sama-sama menyertai AF 2015 lagi, saya sudah tahu yang lagu Syamel, Hidup Dalam Mati akan menjadi sebuah lagu popular. Namun begitu, cemburu saya bukanlah berbentuk negatif. Sejujurnya, sebagai seorang rakan, saya bangga dengan kejayaan Syamel. Saya sendiri memandang kejayaan Syamel sebagai perangsang untuk saya berusaha dengan lebih gigih lagi dalam industri hiburan.” – Sufi

4-sufi-af-nafi-dirinya-sombong-meninggi-diri-rotikaya-700x387

Walau bagaimanapun, menurut Syamel pula beliau tidak pernah terkesan apabila netizen kerap membandingkan antara dirinya dan Sufi malah Syamel juga sentiasa menyokong kerjaya seni rakannya itu.

“Apabila kami dibandingkan, sejujurnya kadang-kadang saya rasa sedikit rimas. Namun begitu, perkara tersebut tidak memberikan sebarang kesan kepada saya dan Sufi. Kami sama-sama menyokong aktiviti seni masing-masing. Kami percaya dengan ketentuan rezeki. Dahulunya, kami menyertai program realiti AF 2015 bersama-sama. Kini, kami pula mencari tapak untuk bertatih dalam industri muzik tempatan. Kami juga berbangga dengan kejayaan masing-masing.” – Syamel

biodada-syamel-naib-johan-af2015

Setiap orang ada rezekinya masing-masing. Mungkin rezeki Sufi untuk melakar nama seperti Syamel masih belum muncul. Tetapi walau apapun, lagu Sufi boleh tahan hit juga. Sentiasa percaya dengan perancangan DIA. 

Sumber : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!