96270

“Saya Bangga Walaupun Dapat Tempat Kelima” – Ajak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Biarpun sekadar menduduki tempat kelima di malam final Maharajalawak Mega 2019 yang berlangsung Jumaat lalu, namun Ajak tetap bangga dengan pencapaian kumpulan Rare.

Ajak yang kini merupakan ahli keluarga baru Suria FM berkata sehari sebelum malam final, adiknya ditimpa musibah dan dia tidak dapat hadir untuk sesi raptai bersama pemuzik. Namun jelasnya perkara itu bukanlah alasan utama kenapa mereka tewas sebaliknya dia percaya ini semua adalah ketentuan takdir.
Saya akui persembahan kami sedikit kurang pada malam ini. Tetapi saya sangat bangga dengan kumpulan Rare. Jika difikirkan balik, kami adalah kumpulan yang baru terbentuk berbanding finalis yang lain. Malah saya menyertai kumpulan Rare sehari sebelum sesi fotografi dilakukan kerana Pak Ya (Ilya) dan Ropie mencari satu lagi ahli kumpulan. Saya bertemu dengan mereka, berborak dan terus bersetuju untuk menyertai kumpulan Rare”, jelasnya.
Ajak turut berbangga dengan kemenangan kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Man yang berjaya memikat hati juri serta seluruh rakyat Malaysia.
Mereka bermula dengan beberapa minggu berada di kedudukan terbawah. Sewaktu dalam pertandingan, Ali kehilangan arwah anaknya. Macam-macam yang mereka lalui untuk sampai ke tahap ini. Mereka memang layak bergelar juara“, ujarnya.
Namun begitu, Ajak berasa sedikit kecewa dan terkilan kerana tidak dapat memberikan kedudukan yang lebih tinggi kepada dua lagi rakan sekumpulannya.
Saya bukan kecewa dengan mereka berdua, tetapi saya kecewa dengan diri saya kerana tidak dapat membawa mereka merasa kedudukan yang lebih tinggi dari tempat kelima. Kalaulah saya dapat membawa mereka meraih kedudukan di tempat keempat atau ketiga, saya akan rasa lebih bangga dan gembira”, luahnya.
Ditanya adakah mereka bertiga akan bersama lagi andai ada permintaan, kata Ajak dia tiada masalah untuk bergandingan sekali lagi bersama Pak Ya dan dan Ropie kerana lawak yang dipersembahkan bersama kumpulan Rare adalah berlainan dari yang lain.
Apa-apa pun tahniah Suria ucapkan kepada kumpulan Rare. Biarpun sekadar berjaya memenangi tempat kelima, tetapi persembahan lawak mereka pastinya akan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia yang menonton.
Artikel : Amy Miyake
Foto : Astro
Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!