88504

“Saya Belum Kahwin” – Tajul - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi remaja yang semakin meningkat naik, Tajul menafikan bahawa dirinya sudah berkahwin seperti yang didakwa.

Sebelum ini kecoh apabila Tajul didakwa sudah berkahwin dengan seorang wanita yang merupakan teman wanitanya sejak dari sekolah rendah.

Ini semua gara-gara Tajul dikatakan terlepas cakap memanggil teman wanitanya itu ‘wife’ di dalam sebuah video temuramah bersama Mstar.

SURIA berkesempatan menemubual penyanyi yang popular dengan lagu Sedalam-Dalam Rindu ini di sidang media ‘Big Stage’ di ibu kota semalam.

kata Tajul dia cuma bergurau di dalam video itu dan tidak sangka video itu menjadi tular di media sosial.

“Sewaktu saya buat video itu untuk sebuah butik, saya cuma bergurau dan tak sangka video itu akan menjadi ‘viral’. Saya cuma anggap perkara itu biasa saja tapi tiba-tiba ramai wartawan menghubungi saya”, katanya.

Jelas Tajul lagi dia masih berstatus bujang dan belum berkahwin seperti yang diperkatakan, namun sudah memiliki teman wanita.

“Saya belum terfikir sampai ke tahap berkahwin lagi. Saya masih muda dan mahu fokus kepada kerjaya dulu”, ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Tajul bakal berentp bersama sembilan lagi penyanyi meningkat naik dalam pertandingan Big Stage yang akan bersiaran di Astro Ria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber