84805

"Saya Bosan Memberikan Jawapan Yang Sama" – Maya Karin - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-04-at-2-34-33-pm

Pelakon dan penyanyi popular Maya Karin memberitahu bahawa dia sudah bosan memberikan jawapan berkenaan statusnya yang masih ‘single’

“Saya dah bosan memberikan jawapan yang sama. Bilalah agaknya saya boleh memberitahu pihak media yang saya sudah berpunya?” seloroh Maya sewaktu ditemui di acara pembukaan Galeri Tilam Vono pertama Malaysia di Viva Shopping Mall di ibukota.

Menurut Maya dia masih mencari pasangan hati dan buat waktu ini belum ada yang sesuai.

whatsapp-image-2018-01-04-at-2-37-12-pm-1

Malah pada malam tahun baru lalu Maya bersendirian di rumah.

“Pada malam tahun baru, saya seorang diri di rumah dan berada di atas katil sambil mendengar bunyian bunga api di luar,” tambah Maya lagi.

“Untuk tahun baru ini saya berazam untuk memperbaiki kemahiran memasak saya. Kalau boleh saya nak pastikan yang saya mampu mengadakan jamuan makan malam untuk sepuluh orang sebulan sekali! Selain itu saya juga ingin lebih kerap bersenam kerana saya rasa saya sudah tidak secergas dahulu,” jawab Maya kala ditanya tentang perancangan tahun barunya.

whatsapp-image-2018-01-04-at-2-36-21-pm

Dalam perkembangan lain, Maya akan memasuki studio rakaman tidak lama lagi untuk menyiapkan album terbarunya. Menurut bintang jelita itu, ada beberapa komposer baru yang akan bekerjasama dengannya untuk album tersebut dan salah seorang daripadanya adalah Aizat Amdan.

 

Selain itu, dua buah filemnya iaitu Munafik 2 dan juga Olympic Dream bakal ditayangkan tahun ini

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!