72420

"Saya buka baju, bukan buka seluar" – Faizal Tahir - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kontroversi buka baju dan Faizal Tahir ibarat berpisah tiada. Dari insiden buka baju di atas pentas, tambil tidak berbaju untuk kulit album dan yang terbaru bergambar tidak berbaju bersama anaknya.

Baru-baru ini, penyanyi yang baru pulang dari mengerjakan ibadah umrah ini ada memuatnaik gambar beliau tidak berbaju bersama dengan dua orang anak lelakinya.

Seperti biasa netizen mula bersuara dengan komen-komen yang kurang enak dibaca walaupun gambar tersebut tidak mendedahkan auratnya.

screen-shot-2017-07-10-at-7-17-07-pm

Faizal sewaktu ditemui berkata, tiada apa yang harus diperkatakan mengenai perkara itu.

“Sewaktu saya mengambil gambar itu, saya tengah pakaikan ihram dalam bilik air dan mengajak anak saya untuk mengambil gambar.

Tetapi satu perkara yang menarik apabila saya melakukan perkara sebegitu ialah dapat melihat pemikiran manusia yang positif, negatif dan berfikiran cetek”, jelas bapa kepada 6 orang anak ini.

screen-shot-2017-07-10-at-7-16-23-pm

Katanya lagi, disebabkan ada komen-komen negatif yang ditinggalkan di gambar itu, isterinya terpaksa meninggalkan komen untuk menjelaskan keadaan yang sebenar sewaktu gambar itu di ambil.

screen-shot-2017-07-10-at-7-17-45-pm

“Biarlah sampai orang muak tengok Faizal Tahir tak pakai baju, bukannya kita buka seluar pun dan ia bukan aurat.

Kalau macam haritu orang cakap pasal album, oh Faizal Tahir buat hal lagi buka baju untuk kulit album, jawapan saya senang saja, cuba pergi kat kedai CD tengok berapa ramai penyanyi perempuan yang tak pakai tudung? itu aurat ke tidak? tak ada orang cakap apa-apa pun?”.

screen-shot-2017-07-10-at-7-20-58-pm

Tambahnya lagi, beliau memang tak suka pakai baju dari kecil. Malah anak-anaknya juga hanya selesa memakai lampin.

 

Untuk lebih banyak cerita sensasi, klik di sini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!