88082

“Saya Bukanlah Kedekut Sangat 2 Jam Itu, Tetapi Isu Depresi Sangat Besar” – Ernie Zakri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Ernie Zakri yang turut terpalit di dalam kontroversi penyanyi Haqiem Rusli yang dikatakan sengaja mencetuskan gimik depresi untuk melancarkan single terbarunya tampil memberikan penjelasan.

Dalam satu sidang media khas yang diaturkan untuk pihak media semalam, Ernie menjelaskan bahawa dia bukanlah kedekut sangat untuk memberikan waktu selama dua jam yang dihabiskannya bersama Haqiem Rusli di sebuah stesen radio swasta itu.

“Ramai yang berkata ala setakat 2 jam sahaja tak apa. Ia bukan sahaja tentang masa 2 jam itu, ia lebih daripada itu. Ini adalah isu yang sangat besar. Sangat besar kerana depresi semua orang tahu selalunya berakhir dengan kematian. Dan kita tak nak doakan perkara tersebut berlaku kepada Haqiem Rusli”, jelasnya.

Kata Ernie lagi, perkara ini telah menjadi pengajaran buat dirinya dan juga rakan-rakan selebriti yang lain supaya apa sahaja yang bakal dibuat semuanya harus difikirkan secara terperinci dan berharap isu ini tidak akan dipandang remeh.

Ernie juga mahu Haqiem belajar daripada kesilapan dan matang dari segi pemikiran serta tidak menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Tambahnya Haqiem tidak perlu publisiti sebegini kerana dia merupakan seorang penyanyi yang hebat.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber