72375

"Saya dah Ada Kawan"- Imran Ajmain - Suria FM - Segalanya Hiburan

img_9757

Persoalan yang biasa diajukan kepada setiap selebriti yang masih bujang adalah bila mereka akan berpasangan ataupun berumah tangga. Bintang kelahiran Singapura, Imran Ajmain turut tidak terkecuali dari pertanyaan ini.

Ditemui di Singapura baru-baru ini bersempena dengan lawatan majlis pelancaran album mini Aidilfitrinya, Imran menjelaskan yang dia sedar bahawa pertanyaan tersebut semakin sering diajukan kepada dirinya.

“Sebagai seorang artis saya sedar usia saya semakin lanjut. Apatah lagi sekarang di kala umur saya sudah menjangkau 36 tahun. Apa yang boleh saya katakan adalah, saya sudahpun mempunyai seorang ‘kawan’ tapi hubungan kami belum serius,”jelas Imran.

Namun menurut Imran kalau pun dia sudah mempunyai calon, ia tidaklah semudah itu untuk terus mendirikan rumah tangga.

“Ibu saya kini tinggal sendirian di Singapura dan dia tidak mahu berpindah ke Kuala Lumpur. Saya pula kini menetap di Kuala Lumpur kerana pekerjaan saya di sana. Andainya saya mempunyai isteri, dia harus sedar yang dia akan menjadi sebahagian daripada senario ini, kerana saya pasti berharap supaya pasangan saya itu akan dapat menemani ibu saya juga. Ini kerana saya sebagai anak lelaki bertanggungjawab 100 peratus ke atas keberadaan ibu saya sekarang,” tambah Imran lagi.

img_9428

Imran yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam arena seni suara turut memberitahu dia gembira dapat menyanyikan semula lagu-lagu Aidilfitri nukilan cikgunya, seniman Yusnor Ef. Lagu-lagu tersebut yang pernah didendangkan oleh artis-artis veteran seperti Sanisah Huri dan Junainah M. Amin sentiasa malar segar dan sering menjadi pilihan peminat-peminat lagu raya.

imran-ajmain-aidilfitri-fixed

Di samping itu, Junainah M. Amin dan juga Sanisah Huri sama-sama meluahkan rasa gembira mereka kerana masih diingati sampai sekarang.

img_9581

“Kami bersyukur sampai sekarang masih ada undangan untuk membuat persembahan nyanyian. Apatah lagi di musim perayaan, banyak sekali acara yang menjemput kami untuk menghiburkan para peminat. Selagi kami masih mampu, kami akan teruskan menghibur,” ujar Junainah dan Sanisah sewaktu ditemui di lokasi wawancara di Singapura.

Terima Kasih Breez Bistro @ Grand Mecure Singapore Roxy

Gambar oleh Shahrul Izzat Abdullah, Sukasucre creatives

 

Untuk lebih banyak berita hiburan klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!