72686

"Saya Dah Biasa Jadi Underdog" – Liza Hanim - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semenjak nama penyanyi, Liza Hanim diumumkan sebagai salah seorang peserta rancangan Gegarvaganza musim keempat (GV4), ramai yang sudah mula meletakkan harapan yang tinggi kepadanya.

Malah Liza juga disebut-sebut sebagai bakal juara dan telah menjadi ‘mega favorit’ biarpun pertandingan itu belum lagi bermula.

Liza sewaktu ditemui di sidang media pengumuman peserta GV4 berkata, beliau memang agak tertekan dengan harapan tinggi yang diberikan peminat.

“Sebenarnya daripada awal saya cakap memang saya memang tertekan. Saya sudah biasa jadi ‘underdog’ dari dulu. Bila tiba-tiba jadi macam ni, saya macam terkejut.

Tapi saya perlu letak itu semua ketepi. Saya akan buat selagi apa yang boleh saya buat dan jadi diri sendiri. Itu sahaja yang saya boleh buat”, jelasnya.

screen-shot-2017-10-13-at-9-03-00-pm

Nama Liza Hanim sering disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menjadi salah seorang peserta Gegarvanza sejak dari musim-musim yang terdahulu.

Malah Liza sebenarnya sudah banyak kali ditawarkan menyertai Gegarvanza sejak dari musim pertama lagi. Namun ada beberapa sebab yang menyebabkan ibu beranak empat ini terpaksa menolak.

“Sebenarnya ada kronologi tentang cerita penolakkan ini. Ada waktu saya tengah mengandung, dan ada pula waktu yang saya berada dalam pantang.

Pada masa yang sama saya harus fokus pada perniagaan yang saya usahakan”, ujarnya.

screen-shot-2017-10-13-at-9-04-22-pm

Selain itu, permintaan ramai peminat yang mahu melihat Liza beraksi di pentas Gegarvanza juga telah membuka hatinya untuk kembali membuat persembahan.

Pada konsert yang pertama nanti, Liza akan mempersembahkan lagu hit beliau, Siapa Sangka Siapa Menduga.  Jangan lupa untuk saksikan GV4 yang akan bersiaran setiap hari Ahad, 9 malam hanya di Astro Ria bermula 29 Oktober 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!