84877

"Saya Dah Minta Turunkan Key" – Asad Motawh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi muda Asad Motawh yang baru-baru ini tular apabila dikatakan menyanyi secara sumbang di salah sebuah rancangan hiburan di Indonesia mengakui dia ada meminta pihak produksi untuk menukar ‘key’ lagu berkenaan sebelum membuat persembahan.

Asad yang diminta untuk menyanyikan lagu Asal Kau Bahagia nyanyian asal kumpulan Armada itu dilihat gagal membawakan lagu itu dengan baik sehingga mendapat kecaman netizen.

https://www.youtube.com/watch?v=y3mZPrbo3gw

Asad sewaktu ditemui di sidang media Anugerah Meletop 2018 berkata, dia telah pun berbincang untuk menukar ‘key’ lagu berkenaan sebelum membuat persembahan. Namun pihak produksi tidak menukarnya di saat akhir.

“Bila atas pentas, tengah ‘live’ tak kan kita nak minta mereka turunkan ‘key’ semula”, jelasnya.

Namun kata Asad, dia tetap positif dengan apa yang berlaku dan akan terus memperbaiki kesilapan diri.

Terbaru Asad bakal muncul dengan album sulungnya yang memuatkan 10 buah lagu baru. Semoga berjaya buat Asad dan jangan cepat mudah berputus asa.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!