87120

“Saya Dah Semakin Bosan Dengan kehidupan” – Remy Ishak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Menginjak ke usia 36 tahun, aktor kacak Remy Ishak mengakui sudah mulai bosan dengan kehidupannya.

Kata Remy, sekadar beliau lebih tumpukan perhatian kepada keluarga dan sudah tidak banyak melakukan aktiviti luar.

“Mungkin disebabkan faktor usia, saya sudah jadi semakin bosan dengan kehidupan, saya banyak habiskan masa dengan anak buah dan keluarga.

Kalau tanya apa yang selalu saya lakukan sekarang, saya sudah lebih cenderung ke arah bapa-bapa”, ujarnya.

Katanya lagi, mungkin disebabkan terlalu aktif di zaman remajanya dengan mencuba pelbagai perkara membuatkan beliau sudah tidak mahu melakukan perkara seperti dulu.

Bercakap mengenai rancangan perkahwinannya, Remy yang kini sudah setahun menjadi tunangan orang masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

“Saya masih memberi ruang kepada tunang saya untuk mengenali saya dengan lebih dalam. Apa guna nak kahwin dengan saya kalau tak kenal saya”, jelasnya.

SURIA doakan semoga segalanya berjalan lancar dan urusan perkahwinan Remy dan pasangan dipermudahkan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!