71878

"Saya Harap Biar Saya Pergi Dulu Dekat Dunia Ini" – Norman Hakim - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sememangnya tiada tolak bandingnya dalam dunia ini. Bukan itu sahaja, pengorbanan mereka juga mampu meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri seorang lelaki. 

Itu yang terjadi kepada pelakon lelaki, Norman Hakim apabila beliau meluahkan rasa bersyukurnya kerana mempunyai isteri dan bekas isteri yang sangat berjiwa murni dalam mendidik anak-anak.

Ucapan yang dikongsikan oleh Norman mendapat perhatian netizen apabila rata-ratanya memberikan komen positif tentang luahan perasaaan Norman.

Anda boleh baca sendiri luahan hati perasaan Norman buat isterinya, Memey dan bekas isterinya, Abby Abadi. 

 

Saya nak ucap terima kasih kpd bidadari-bidadari kpd anak5 saya ni.Bila saya ada kesempatan (tgh2 relax kat Kuantan ni) utk renung sejenak perjalanan hidup saya,saya sedar tanpa korang saya takkan mampu utk urus hidup terutama nak membesar,bagi perhatian,kasih sayang & bagi segalanya yg terbaik pada amanah Allah ni.Ye saya ada Allah yg saya selalu bergantung harap siang & malam utk bantu saya.Tapi saya takkan mampu buat semuanya tanpa korang.Ini susun atur Allah.Korang mmg hebat & sgt dasyat dalam urusan anak5.Walaupun kadang2 saya poyo,baran & menyinga walau nampak mcm cool,tapi tu semua bersebab dan bertempat.Bukan mudah nak urus ‘kerajaan kecil’ ni,tapi dgn support & kerjasama korang & of course dgn izinNya,alhamdulillah segalaNya dipermudahkan selagi nawaitu kita seiring utk menjaga amanahNya.Semoga ukhuwah ini terus kekal ke Jannah . . Saya harap biar saya pergi dulu kat dunia ni (bila dah cukup segala peninggalan😁) sbb kalau korang pergi dulu,masak saya nak urus segalanya sensorang.Ini bukan cerita sedih,tapi kenyataan yg bakal semua orang lalui.Dan ini peringatan utk diri sendiri jugak bila dah nak masuk angka usia seterusnya bulan depan supaya saya lebih sedar diri.Saya minta maaf akan segala khilaf yg ada.Yg pasti korang adalah ibu2 yg terhebat dalam dunia!Semoga Allah merahmati kalian dan terus dikurniakan kesihatan & kudrat utk berdekad yg seterusnya utk bantu saya menjaga dan mengurus amanah Allah s.w.t @danishhakim_243 @marissa_dania_hakim @maria.danishahakim_786 @awishzarisz ini in shaa allah.Terima kasih..terima kasih..terima kasih🙏🏻Ok dah,tu aje . . Salam Jumaat yang barakah

A photo posted by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Saya nak ucap terima kasih kepada bidadari-bidadari kepada anak anak saya ni. Bila saya ada kesempatan (tengah relax kat Kuantan ni) utk renung sejenak perjalanan hidup saya, saya sedar tanpa korang saya takkan mampu untuk urus hidup terutama nak membesar, bagi perhatian, kasih sayang & bagi segalanya yg terbaik pada amanah Allah ni. Ye saya ada Allah yg saya selalu bergantung harap siang & malam untuk bantu saya. Tapi saya takkan mampu buat semuanya tanpa korang. Ini susun atur Allah. Korang memang hebat & sangat dahsyat dalam urusan anak anak. Saya harap biar saya pergi dulu kat dunia ni (bila dah cukup segala peninggalan) sebab kalau korang pergi dulu, masak saya nak urus segalanya sensorang. Ini bukan cerita sedih, tapi kenyataan yang bakal semua orang lalui. Dan ini peringatan untuk diri sendiri jugak bila dah nak masuk angka usia seterusnya bulan depan supaya saya lebih sedar diri. Saya minta maaf akan segala khilaf yang ada. Yang pasti korang adalah ibu-ibu yang terhebat dalam dunia. Semoga Allah merahmati kalian dan terus dikurniakan kesihatan & kudrat untuk berdekat yang seterusnya untuk bantu saya menjaga  dan mengurus amanah Allah @danishhakim_243 , @marissa_dania_hakim , @maria.danishahakim_786 @awishzarisz ini Insha Allah.”

Melalui luahannya, ia jelas menunjukkan bahawa bukan mudah seseorang wanita untuk mengalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kerana pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sememangnya tiada batasan.

Penulis : Fara Ismail | Sumber : Instagram Norman Hakim

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!