72664

"Saya Ikat Memey"- Norman Hakim - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2017-10-05-at-1-41-25-am

Wah ramai sungguh peminat yang mengikuti slot #Apaitucinta di Facebook LIve Suria malam tadi gara-gara kehadiran pasangan romantis Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Biarpun di awal percintaan dulu, kedua-kedua pelakon ini dilanda beberapa kontroversi, namun kini pasangan ini sangat bahagia.

whatsapp-image-2017-10-05-at-12-00-30-pm

Berkat kemesraan yang mereka berdua paparkan di mata umum, Suria tertarik untuk mengundang mereka menjadi tamu DJ Lin dalam segmen Suria Cinta untuk slot khas Facebook Live #Apaitucinta.

Banyak juga pengalaman peribadi yang mereka berdua kongsikan dengan DJ Lin.

whatsapp-image-2017-10-05-at-12-00-30-pm-1

Kala ditanya tentang suaminya, Memey sendiri mengaku bahawa Norman adalah imam terbaik untuk dirinya.

“Saya juga percaya ucapan terima kasih itu sangat penting dalam hubungan suami isteri. Ia perlu diucapkan setiap kali pasangan kita lakukan sesuatu untuk kita,” jelas Memey yang suka menghias makanan yang dimasak untuk menarik perhatian suaminya supaya sering makan di rumah.

Dan soalan yang sering diajukan kepada pasangan yang sudah agak lama berkahwin sudah tentulah bagaimana cara untuk mengekalkannya.  Norman menjelaskan dia ada caranya yang tersendiri.

“Saya dah ikat Memey dengan doa. Saya berdoa supaya dia terus bersama saya sampai bila-bila dan saya berdoa semoga kami kekal bahagia,” ujar Norman.

whatsapp-image-2017-10-05-at-1-41-24-am

Yang pasti kami di Suria akan terus mendoakan kebahagiaan semua orang yang mendambakannya.

Sekiranya anda tidak sempat menonton temubual eksklusif DJ Lin dan Norman Hakim serta Memey Suhaiza, layari Facebook Suria  untuk menyaksikan rakamannya.

 

Untuk lebih banyak perkembangan sensasi klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!