88626

“Saya Kecewa & Sakit Hati Apabila Bentuk Tubuh Wakil Saya Dipersenda” – Nur Fazura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon Nur Fazura meluahkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan seorang pelakon wanita yang membuat jenaka mengenai bentuk tubuh wakil penerima anugerah bagi pihaknya di Anugerah Telenovela 2018 Sabtu lalu.

Fazura yang tidak dapat hadir bagi menerima anugerah pada malam itu telah mewakilkan seorang wanita yang merupakan ahli kelab peminatnya sejak lebih sedekad yang lalu.

View this post on Instagram

I once read an essay by Marie Southard Ospina, a Colombian-American journalist living in the UK and since then I’ve been following her works periodically. I found her essays to be refreshing, inspiring and witty. She once wrote that “The things that make us different need to also be perceived as the things that make us most beautiful”. So to my fellow ladies out there, it does not matter whether you are skinny, fat, short, tall, white, black, a Malay, a Chinese, a Buddhist, a Christian, has curly hair, has six fingers in one hand, has a long neck or whatever, just remember that you are beautiful in more than one way as God had originally intended you to be. You’re a gift to the world and those who love you. No matter how you look and your physical appearances, you’re special in your own way. You’re not a limited edition creation from God, you’re a bespoke, unique addition to the universe from Him. Don’t be cowed by small-minded people and their inane chatter or self-serving jokes. Be strong, be confident, be happy, be classy and forgive them for their own insecurities in life. We should celebrate our diversity, be kind and support each other. Remember to:. . Bangun percaya diri, Walau tiada pelangi, Aku tetap di sini, Bangun terus berlari, Walau ribut dan angin, Aku tetap bangun. . Once again, my BIG thanks and HUGS to my friends, fans, families and all you powerful ladies out there for your continuous love and support. I love you more. Believe in yourself! Girl Power!!! #GirlPower #URBeautiful #WomenEmpowerment #SayNoToBodyShaming

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Namun selepas wanita berkenaan selesai mangambil anugerah berkenaan, pelakon yang menyampai anugerah itu sempat berjenaka dengan berkata beginilah keadaan Fazura selepas mempunyai anak lima orang.

Saya rasa tidak wajar dan tidak sepatutnya seorang penyampai trofi berkelakuan seperti itu dimana tugasnya adalah untuk menyampai penghargaan. Malah penyampai anugerah itu sempat berbisik sesuatu yang tak bagus mengenai saya kepada wakil saya itu. Tetapi bila saya dengar perkara itu saya kata tak apalah, mungkin dia ada isu peribadi itu saya tak tahu. Selepas itu bila wakil saya beredar daripada pentas dia cakap inilah Fazura selepas ada lima anak. Itu saya tak boleh terima!” 

Tambah Fazura lagi, beliau tidak faham kenapa setiap kali mahu membuat lawak mesti kena kaitkan dengan bentuk fizikal seseorang.

“Saya malu sebenarnya sebab ramai dalam dewan tu orang Melayu, rakyat Malaysia boleh mentertawakan perkara tersebut. Pada mereka perkara itu biasa dan kelakar. Bila perkara ini terjadi, saya amat kecewa dan sangat sakit hati bila perkara itu terjadi kepada orang yang mewakili saya untuk menerima trofi itu”, luahnya.

Namun kata Fazura, beliau tidak menanam rasa benci atau dendam kepada pelakon tersebut tetapi apa yang mahu disuarakan oleh Fazura adalah ‘body shaming’ merupakan sesuatu yang tidak baik.

“Kalau perkara ini terjadi di Amerika Syarikat, bila ada isu ‘body shaming’ atau perkauman yang dibuat jenaka oleh artis disana, mereka boleh digam serta merta. Rancagngan bual bicara mereka boleh ditamatkan oleh stesen televisyen di sana. Di Amerika memang mereka tidak terima perkara itu. Tetapi di Malaysia, satu dewan boleh gelak bersama-sama pengacara bersama malam itu.

Sebagai seorang selebriti saya terpanggil untuk menyuarakan perkara ini sebab saya perlu bersuara untuk orang-orang yang tidak boleh bersuara”, jelasnya.

Tambah Fazura lagi, beliau turut kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pelawak wanita yang meminta supaya masyarakat tidak perlu terlalu sensitif dengan gurauan seperti itu.

“Sebagai seorang wanita, jika dia merasakan dengan membuat lawak tentang ‘body shaming’ ini adalah okay saya rasa anda patut malu dengan diri sendiri. Shame on you! Itu perkataan saya. Saya tak sangka sebagai seorang wanita anda merasakan apabila ada wanita lain memperlekehkan bentuk badan wanita lain adalah okay. Cuba kalau perkara yang sama berlaku kepada anda , ibu atau adik beradik anda. Seratus peratus awak akan bengang! Jadi kalau nak bersuara tu saya rasa lebih baik bercakap benda-benda yang bernas. Saya harap kepada pelawak tersebut carilah material-material yang lebih bernas“, ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fazura bakal terbang ke New York Amerika Syarikat bersama-sama Peniagawati untuk melakukan pertunjukan fesyen bagi mewakili delegasi Malaysia pada bulan September nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!