72624

"Saya Lebih Komersil Dari Nicholas Saputra" – Nam Ron - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pelakon berbakat besar, Nam Ron menafikan dakwaan bahawa kejayaan sesebuah filem terletak kepada pelakon yang komersil.

Kata Nam Ron, bukan semua filem yang dibintangi pelakon yang komersil berjaya mengutip pulangan pecah panggung.

screen-shot-2017-09-20-at-10-09-05-am

“Tiada lagi dalam rekod pelakon komersil di Malaysia berjaya menghasilkan kutipan tinggi dalam semua filem yang dibintanginya”, jelasnya.

Tambah Nam Ron lagi, nilai komersial seseorang pelakon itu sering disalah erti dengan rupa paras.

“Bagi saya ada orang yang rupa paras macam muka orang pecah rumah sahaja, tetapi dia tetap boleh dikomersilkan.

Kalau kita tengok dulu Hamid Gurkha, beliau sangat popular tetapi dia tidak kacak”, katanya.

screen-shot-2017-09-20-at-10-07-54-am

Menurut Nam Ron lagi, tidak semestinya seseorang itu memiliki rupa paras serta pakej yang lengkap mampu untuk dikormesilkan.

“Filem Interchange yang dibintangi oleh Nicholas Saputra mendapat kutipan yang lebih rendah berbanding filem lakonan saya Redha. Jadi maknanya saya lebih komersil daripada Nicholas Saputra jika mahu bercakap dari isu komersil”, katanya.

screen-shot-2017-09-20-at-10-15-49-am

Nam Ron turut menjelaskan bahawa penonton sekarang sudah tidak melihat kepada rupa paras atau nilai komersil seseorang pelakon. Mereka lebih berminat tentang jalan cerita dan naskah itu sendiri.

Nam Ron menjawab pertanya media mengenai isu komersil sewaktu majlis tayangan perdana telefilem ekskusif Astro First, Che Pa di mana Nam Ron memegang watak utama sebagai Che Pa.

screen-shot-2017-09-20-at-10-17-18-am

Untuk telefilem Che Pa, Nam Ron merupakan pilihan kedua penerbit iaitu Haji Zil kerana pilihan pertamanya adalah Faizal Hussein. Namun pengarah telefilem berkenaan, Sabri Yunus merasakan Nam Ron adalah pilihan yang paling tepat untuk menggalas peranan sebagai Che Pa iaitu seorang penari tarian Hadra yang berpakaian seperti wanita.

Haji Zil pada mulanya berasa sedikit canggung kerana Nam Ron bukan pelakon yang komersil, namun nam Ron telah membuktikan bakatnya telah mengatasi segalanya. Jangan lupa untuk saksikan Che Pa yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

 

Kredit Foto : Glam Lelaki (Diambil oleh TTFGA)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!