85209

"Saya Mahu 2 Anak Sebelum Usia 43" – Dato' Sri Siti Nurhaliza - Suria FM - Segalanya Hiburan

SURIA pasti mesti ramai yang tidak sabar untuk menantikan kelahiran cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang bakal lahir pada bulan ini.

Menurut Dato’ Sri Siti biarpun beliau mengalami bengkak kaki dan pelbagai lagi alahan namun beliau bersyukur kerana mengandung dalah perkara yang sudah lama beliau impikan.

ternyata-ini-penyebab-kaki-bengkak-saat-hamil-yang-seperti-dirasakan-siti-nurhaliza-master-1547021897-678x381

Kata Dato’ Sri Siti lagi, pemakanan beliau sewaktu mengandung juga terbatas. Jika dahulu beliau seorang yang sangat sukakan makanan pedas, namun sekwaktu mengandung beliau harus elak makanan sebegitu.

“Saya suka makan tomyam tapi itu pun tak boleh. Jadi saya terpaksa ulang makan benda yang sama seperti sup, singgang dan sebagainya”, jelasnya.

whatsapp-image-2018-03-16-at-11-31-43-am

Tinggal beberapa hari lagi untuk beliau menyambut kehadiran cahaya mata yang dinanti, kata Dato Sri Siti segala persiapan telah pun dilakukan malah nama untuk puterinya yang bakal lahir nanti juga sudah ada.

“Alhamdulillah segala persiapan telah pun lengkap seperti barangan keperluan bayi serta bilik bayi. Peminat-peminat juga banyak yang memberikan hadiah”, ujarnya.

Ditanya adakah beliau ingin menambah cahaya mata lagi selepas ini, kata Dato Sri beliau merancang untuk mempunyai dua cahaya mata.

“Inshaallah saya ingin memiliki dua cahaya mata sebelum usia saya mencecah 43 tahun”, akhirinya.

Alhamdulillah. Semoga Dato Sri Siti selamat melahirkan cahaya mata sulungnya nanti.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!