85205

"Saya Pernah Jadi Isteri Sepertinya" – Rita Rudaini Beri Sokongan Pada Intan Liana - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam pelakon popular Rita Rudaini telah memuatnaik gambar dirinya bersama isteri pertama Ude iaitu Intan Liana di Instagram miliknya.

Turut kelihatan dalam gambar itu seorang lagi aktres Nazia Mustaffar dan juga kakak kepada Intan serta anak lelakinya.

whatsapp-image-2018-03-15-at-12-26-02-pm

Umum mengetahui sebelu ini Rita bersahabat baik dengan Izreen Azminda yang kini merupakan isteri kedua kepada pemuzik Ude dan madu kepada Intan.

Namun langit tidak selalunya cerah. Rita yang seperti yang diketahui umum sangat membela nasib wanita yang diduakan.

SURIA juga tidak pasti bagaimana hubungan Rita dan Izreen sekarang. Namun apa yang pasti dan jelas kelihatan ialah Rita turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Intan.

Di ruangan komen ramai netizen yang meminta Rita untuk membantu Intan bagaimana untuk bangkit dan menuntut haknya sebagai wanita dan isteri sebagaimana yang pernah dilakukan Rita sebelum ini.

whatsapp-image-2018-03-15-at-12-26-02-pm-1

Semoga hubungan mereka baik-baik saja. Sayang ikatan persahabatan yang dibina runtuh begitu sahaja.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!