89498

“Saya Pernah Ke Klinik Nak Gugurkan Kandungan” – Datin Seri Shahida - Suria FM - Segalanya Hiburan

Isteri kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Sri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida telah membuat pendedahan yang memuatkan ramai netizen sebak di Instagramnya.

Menurut Datin Seri Shahida, sewaktu mengandungkan anak ketiganya iaitu Baem, beliau sangat sedih kerana anak-anaknya yang lain masih kecil dan ekonomi keluarganya pada waktu itu juga tidak stabil.

Malah Datin Seri Shahida tidak gembira langsung apabila mengetahui bahawa dirinya hamil anak ketiga dan sering menangis siang malam.

Lebih memilukan apabila beliau pernah ke klinik untuk menggugurkan kandungan itu, namun nasihat doktor telah membuka mata Datin Seri Shahida.

 

Kata doktor itu, manusia sering meminta rezeki duit, namun sering menolak apabila diberikan rezeki anak. Kata-kata doktor itu telah mmebuatkan beliau terkedu dan meneruskan kandungan walaupun berada di dalam kemurungan.

Kongsi Datin Seri lagi, doktor itu turut memberitahunya bahawa adakah beliau tidak kasihankan bayi di dalam kadungannya yang sudah pun mempunyai jantung. Katanya lagi, nanti anak inilah yang akan membahagiakan beliau.

 

Ternyata apa yang dikatakan oleh doktor itu benar belaka kerana Baem sememangnya penghibur kepada Datin Seri Shahida. Katanya lagi, seingat beliau, hanya beberapa kali sahaja beliau cuba untuk memukul anaknya itu tetapi yang lain tidak sempat kerana Baem akan terus memeluk dan mencium beliau setiap kali beliau marah.

Itulah nikmat yang Allah kurniakan kepada seorang yang bernama wanita iaitu bergelar ibu dan memiliki naluri keibuan yang tidak mungkin dimiliki oleh insan yang bergelar lelaki.

SURIA kagum dengan Datin Seri Shahida yang tidak malu untuk berkongsi pengalaman hidupnya supaya dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat terutamanya kepada individu yang ingin menggugurkan kandungan atau membuang anak. Ingatlah anak adalah rezeki yang tidak ternilai yang dianugerahkan kepada tuhan kepada kita.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!